Perihal Kematangan
Perihal Kematangan
Matang jika dirujuk kepada tumbuhan - ia bermaksud sudah boleh dituai contohnya : padi, gandum. Boleh di tebang contohnya : meranti, merbau, jati, merbah. Boleh dipetik buahnya kerana sudah masak seperti : rambutan, mempelam dan jambu.
Matang jika dirujuk kepada binatang - contohnya : sudah sampai umurnya untuk disembelih bagi tujuan korban seperti kerbau, lembu, unta (unta berumur 5 tahun lebih, kambing 2 tahun lebih).
Di dalam buku Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat : kematangan dirujuk kepada manusia ia menggambarkan insan yang sudah mencapai kesempurnaan fikiran.
Begitulah takrifan kematangan berbeza apabila merujuk kepada objek yang digunakan. Apatah lagi apabila dinilai dari sudut manusiawi ia lebih subjektif.
Mengapa Perlu Kematangan?
Untuk menjadi matang, luaskanlah pergaulan dengan manusia. Di situ kita akan melihat kepelbagaian pendapat, fikiran, budaya, tatacara hidup, adat, bahasa dan sebagainya. Kematangan tidak datang dengan hanya duduk di dalam bilik atau hanya berteori dengan akal sendiri, atau hanya pandai bercakap sahaja di pentas, seminar, dewan kuliah, ceramah tanpa turun ke lapangan umat dan merasai sendiri erti kehidupan.
Orang yang matang banyak benar fikirnya, sebab sudah merasai jatuh dan bangunnya dalam hidup. Ia sudah merasai manisnya gula dan masinnya garam di dalam buku kehidupan. Sudah terfikir apa yang boleh dan tidak boleh di dalam pergaulan. Adakah baik dan buruk kesannya. Sebab itu katanya banyak berkias. Jika menegur ia menyindir. Jika terlalu marah ia menjadi diam dari biasa.
Orang yang matang tidak berfikir untuk diri sendiri sahaja. Tetapi dilihat apa natijahnya kepada orang lain. Untung dan rugi dikirakan, besar atau sedikit mudaratnya, disesuaikan pula dengan suasana, keadaan dan zaman.
Dari Abu Hurairah radiyaLlahu ‘anhu katanya :
Telah bersabda RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam : Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya ” Hadith hasan riwayat Tirmidzi
Islam mengajar kita untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia yang menghabiskan umur dan masa secara percuma. Kehidupan perlu diisikan dengan perkara yang dapat memberi manfaat kerana orang yang matang bukan sahaja berfikir untuk waktu sekarang, tetapi sehingga di alam akhirat sana.
Budaya Kita Tidak Sama
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan- Nya (akan keadaan dan amalan kamu) (Surah al Hujarat ayat 13)
Orang Asli (yang masih belum sangat terdedah dengan kehidupan moden) menghabiskan masa bersama keluarga, ada kalanya turun ke hutan mencari rotan, menanam ubi kayu dan padi huma. Kadang-kadang meletakkan bubu, jorannya dari buluh agar dapat ditangkap ikan tengas. Sifatnya pemalu, sensitif dan berpegang pada janji. Janganlah kampung mereka dicerobohi tanpa hak, tentu disumpit penceroboh tersebut. Tentu sahaja berbeza bahasa, budaya dan loghat mereka kerana di tanahair kita sahaja terdapat 3 kumpulan etnik Orang Asli yang mempunyai pelbagai suku kaum iaitu Negrito, Senoi dan Melayu- Proto.
Orang Jawa tidak sama dengan Orang Jawa Halus dan Jawa Kasar, Bugis, Banjar. Begitulah dengan mereka yang tinggal di negeri dan negara lain. Bahasa dan loghatnya tidak sama. Mungkin sahaja ada perkataan yang sama sebutan tetapi berbeza erti dan penerimaan. Ada yang menyukai masakan manis, pedas dan sebagainya.
Bahasa di SMS tiada nada tinggi dan rendahnya (hanya dapat dilihat tulisan besar dan kecil, titik, koma dan yang berkaitan) berbanding bahasa percakapan.
Ilmu, Akhlaq dan Kematangan
Lihatlah, adab remaja dan diri di zaman ini. Masih adakah santunnya kepada orang yang lebih tua apabila bercakap? Masih rajinkah memberi salam dan senyum? Ilmu semakin tinggi adakah menjadikan diri semakin menunduk atau mendongak langit? lalu berjalan dengan sombong dan bongkak sedangkan siapalah jika diperkirakan hakikat diri, siapalah diri kita sebenarnya di hadapan ALlah berbanding orang lain (yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya).
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALlah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri (Surah Luqman 18)
Lihatlah, di zaman ini terdapat juga insan yang berani menuduh tanpa bukti, tidak diselidiki benarkah tuduhannya kepada orang atau golongan yang lain. Tidak memikirkan kesan dari percakapannya dan perbuatannya.
Mungkin agaknya ia lupa apa yang disuruh ALlah :
Surah Al-Hujuraat ayat 6, yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.
ALLahu ALlah…
Matang Dalam Membuat Keputusan
Ada juga yang suka berfikiran singkat, keputusan hendak segera tanpa ditimbang buruk dan baiknya. Ada juga apabila yang sudah memegang jawatan atau urusan yang penting segalanya hendak baharu. Tidak pula membuat kaji selidik, bertanyakan dengan orang yang lebih tahu, tidak mahu bermesyuarat agar setiap tindakan dapat diteliti dengan lebih mendalam. Katanya zaman dahulu biarkan berlalu, sekarang adalah zaman kita, pendekatan perlu berubah mengikut masa. Bahkan lebih dari itu terus dihapuskan sahaja tatacara dan budaya walaupun ia adalah baik untuk masa hadapan. Lihat sahaja hukuman rotan kepada anak murid. Keputusan guru diharamkan dari merotan dan diserahkan kepada ‘tiga tangan’ iaitu guru disiplin, guru penolong kanan dan pengetua.
Segala masalah berkaitan akhlaq pelajar diserah bulat-bulat kepada kaunselor sekolah. Akibatnya ramailah pelajar yang semakin kurang ajarnya. Semakin hilang hormatnya dengan guru apatah lagi didukungi oleh ibu dan ayah yang tidak boleh anaknya ‘dijentik sedikit’ walaupun tujuannya untuk mendidik dan membetuli sikap yang salah. Padahal dalam menyelesaikan masalah pelajar ada masanya diperlukan rotan untuk mendidik. Ada masanya perlu dinasihati, ada masanya perlu juga dikuarantin. Setiap satunya mempunyai kekuatan tersendiri. Alangkah baiknya jika ketiga-tiga ini digabungkan agar lebih efektif.
Pelajar merokok, berapa ramai yang ‘makan nasihat’ dengan diberi kaunseling? Pelajar yang mencuri, mengaibkan guru, dan kesalahan yang berat berapa kerat yang mengubah diri hanya dengan menghadiri sesi kaunseling semata-mata. Sedangkan apabila dilihat dalam Islam sendiri hukuman rotan itu wujud (contoh dalam hukuman zina lelaki dan wanita yang belum berkahwin serta minum arak) antara lain untuk memberi rasa insaf, gerun dan untuk mencegah bukan sahaja kepada diri pelaku kesalahan malahan untuk orang yang menyaksikannya.
Dan kini, akibatnya masyarakat juga sendiri yang merasa bahangnya.
Begitulah.. serba sedikit perihal kematangan.. Apa ruginya jika kita berfikir berkali-kali, belajar memahami, bertanya dahulu sebelum bertindak?
Sumber : Http://jarumemas. blogspot. com
"Cinta itu boleh hadir berkali-kali. Luka berkali-kali.
Tapi tidak dengan persahabatan. Ia sekali dan selamanya.”
Telah selamat sudah majlis perkahwinanku yg sekian lame berubah2 tarikh..tanx a lot to all my fren yg byk membantu..my housemate; wana,wawa,k.fara,aini,pae,ain,dayah,yus,maslya..tanx also to my neigbour;dayah and dak2 geng fakulti seni yg merintis penggubahan hantaran yam.juge pd clasmate yg tlg memeriahkan majlis bulan pose; matul,su,hana,k.suzi dll.. pada yg hadir kenduri; su,ain, fadilah, isnani,shahaliza n org jauh dari kl,azhari n rakan..tanx sudi hadir.mohon maaf atas kekalutan pd hari mjlis n x sempat jumpa kalian kerana pgantin sampai lepas kenduri hbs..huhu..tanx for all x lupe pd kwn2 sasis86,upsi, norman,and syed faris 4 ur support..jempur hadir ke kenduri belah lelaki di guar cempedak kedah pada 24 nov ni dan rumah terbuka yam pada 28/10 sempena perpindahan terakhir ayahku ke sabah di alamat G-2-4,Kem Desa Wangsa Keramat, Jalan Keramat Hujung, 54200 KL..huhu
———————————————————————————————
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
~Kita berhubung dengan segala macam jenis teknologi, nokia, samsung, motorola, 3G, macam2 lagi…
~Kita upgrade jenis handset..kejap-kejap tukar yang merah, lepas tu hijau, biru..tetapi kita lupa "upgrade" diri…Allhuakbar..hibakan diri…makin kerdil jiwa ini..tersentap-sentap seketika..renunglah kebajikan diri, renunglah khilaf diri..yang selalu lupa dan leka…
~Nokia 2100 satu kenangan terindah….bertahannya ia…seolah bertahannya hati dengan hubungan ukhwah…persahabatan, jalinan…segalanya termetrai di sini. Semoga hati setahan, selasak 2100…..walau jatuh…Walau tercampak di bumi lain, masih segar sama..ia masih utuh…semoga hati kita sama seperti dahulu…
Rasulullah saw telah bersabda: "Betapa aku telah melihat cinta dunia telah banyak mengelabui kebanyakan manusia, sampai seakan-akan mati hanya ditetapkan bagi orang-orang selain mereka dan seakan-akan kebenaran di dunia ini menjadi kewajiban orang lain dan sampai seakan-akan berita kematian yang mereka dengar mengenai orang-orang sebelum mereka seperti berita perginya seorang musafir yang akan kembali lagi; Mereka makan harta warisan mereka seakan-akan mereka hidup kekal, mereka telah lupa terhadap nasihat yang ada di dalam Kitab ALLAH, mempercayai kejahatan yang merupakan akibat dari kebobrokannya, tidak takut pada turunnya malapetaka dan tidak gentar pada setiap tragedi; Kerana itu, gembiralah orang yang menyibukkan diri dengan rasa lebih takut kepada ALLAH Azza Wa Jalla daripada kepada manusia’
"Somewhere between sunrise & sunset - 1 golden hour encrusted with 60 silver minutes, each studded with 60 diamond seconds. No reward is offered. They are lost & gone forever" - unknown
Berkahwinla..:)
Mereka Yang Enggan Berkahwin
Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan- Nya.
Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang - tanpa berkahwin dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.
Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqqas :
"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".
Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang ‘ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa ‘ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."
Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana ‘ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma’shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:
Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mereka yang enggan berkahwin (hidup membujang) seumur hidupnya, padahal mereka mampu menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya zahir dan batin, maka bermakna mereka telah mengharamkan sesuatu perkara yang halal ke atas diri mereka, dan mereka itu adalah juga orang yang menentang hukum Allah dari Sunnah Rasul-Nya.
Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama ‘Uthman bin Maz’un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta’ala menurunkan firman-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah al- Ma’iddah:87)
Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas:
Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya:
Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani)
Dalam masalah ini, Sa’ad bin Waqqas berkata:
Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya ‘Uthman bin Maz’un hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan ‘Uthman bin Maz’un membujang (tanpa berkahwin), tenteulah kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari)
————————–
k.sha,if u read those my emel,pliz reply me.i’m waiting for u for my wedding day..miz u a lot sis
KU, KAU BERBEZA…AKU, KAU ISTIMEWA..
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki
berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan
yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
Hukum
menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau
nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Auratnya
lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya
apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang
berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Benda
yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan anak-anak.
perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat
dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.
Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
copied by farees blog ;p
Sometime I wish people could understand me. In my mind there is nothing that I could think of. I always pray that GOD
will make me strong and stronger everyday so that I could go through
all these hardships with my open heart. But I’m not that strong enough
to go all these through. I have to set my mind to think
postive but not negative but in my heart I’m crying. No more tears to
flow but the heart is aching and crying.
will make me strong and stronger everyday so that I could go through
all these hardships with my open heart. But I’m not that strong enough
to go all these through. I have to set my mind to think
postive but not negative but in my heart I’m crying. No more tears to
flow but the heart is aching and crying.
Aku bermohon kepadamu
Ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk menempuhi
Segala dugaan ini
Ya ALLAH berikan aku pelindungmu
Ya ALLAH tenangkan jiwaku ini
Ya ALLAH berikan aku cahaya supaya hidupku ini akan sentiasa terang dengan
cahayamu
Ya ALLAH tabahkan hatiku ini
Ya ALLAH berikan aku kebahagian yang selama ini aku idamkan
Ya ALLAH sesungguhnya aku berserah kepadaMU
Amin….
——————————————–
Something pop up in my mind. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Tak tau lah kalau ni berkesan suatu hari nanti. Mungkin….
Sekiranya suatu hari nanti aku pergi
Jangan kau tangis kepergiaan ku ini
Rela kan hatimu teman
Biar ku pergi dengan tenang
Kau tetap menjadi
teman dan sahabat ku dunia dan akhirat
Sekiranya suatu hari nanti aku pergi
Aku tetap dihatimu teman
Kenangkan segala kenangan manis yang kita
harungi bersama
Iringi aku dengan doamu
Aku akan sentiasa bersama mu
Sekiranya suatu hari nanti aku pergi
Hadapi segala dugaan ini dengan tabah
Walaupun aku tiada disisimu
Mendengar segala rintihan mu
Mendengar segala keluhan mu
ALLAH akan sentiasa membantumu
Sekiranya suatu hari nanti aku pergi
Maafkan aku kerana tidak dapat bersamamu
Maafkan aku kerana aku telah mengukir janji
Maakfan aku kerana kesilapan aku yang masa lalu
Maafkan aku sekiranya aku bukan seorang
teman yang baik
Sekiranya suatu hari nanti aku pergi
Berjanji yang kau akan menerima kenyataan ini
Bahawa aku tidak akan selamanya menemani mu
buat sepanjang hayat
Masa ku telah tiba dan aku akan ke pulang kepadaNYA
Selamat Tinggal TEMAN dan Sahabat…
———————————————————————————————–
Semua Tentang Kita
Artist: Peter Pan
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
—————————————————-
CASEY
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Di sudut hati
Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
menjalin cinta agung sebuah cinta
menafkah hartanya fisabilillah
Aku ingin sezuhud FATIMAH
akur tanpa jelak setiap perintah
Aku mengagumi dan impikan kejayaan
gedung ilmu SITI AISYAH
Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
menggendong puteranya yang masih merah
di tengah padang pasir yang merekah
Bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda
fitrah daripada sejarah ZULAIKHA
pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
tenggelam asyik dengan kenikmatan ubudiyah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan berpadu dalam satu hati
lantas kuserah cinta suci ini
untuk Yang Maha Mengasihi
Pasrahku pada mehnah perjuangan
bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALI
terluka, terseksa, terhina, terpenjara
terkurung jasadnya di sebalik janji kaku
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
Demi Islam
bukannya menyerah galang gantinya
atau setidaknya aku mengimpikan
hidup semula MARYAM JAMEELAH
berteman pena menongkah kepayahan
roh jihad itu perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya
Aduhai…
meskipun aku hanyalah perawan
yang jiwanya tidak sekental ASMA’
belum teruji dengan air mata ATIQAH
tak mampu tersenyum bagai khansa yang tabah
Namun relalah aku..
relalah aku menjadi muslimah solehah
redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kan ku teguh menatang amanah ini
mewarisi kegemilangan serikandi ummah
hanya kerana Islam merindui kemunculan
peribadi mukminah, muslihah, mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
Terpanggang gagah
bagai harumnya pusara MASYITAH
—————————————–
Peoples around me.
Sometimes make me feel far from them.
I am isolating my own.
Myself.The history.
Catching those days.
Those the past….
Peoples.Only can make-up with assumptions.
The beautifulness of tawakal.
Somebody..
I met her about years ago
On a walk
She is too nice
Always talk about the scarification and battle in life
Even never miss to call me early in the morning
And now she was gone..
I miss her..
" Semakin banyak kita dapat, semakin tidak cukup pada kita, semakin menghimpit dirasakan… Itulah tandanya hilang keberkatan hidup…" itu kata ustaz dalam satu web kuliahnya.." Hari ini, semakin banyak yang kita dapat semakin jauh kita dengan Allah… semakin kita tidak punya masa walau seminit dua untuk Dia yang memberikan pimjaman kepada kita "
Erm lama betul tak sentuh blog ni… Dah bersawang naik lumutpun hehe. Hati merindu ingin kembali menulis tapi apakan daya… chewah macam best je!!! Nak mulakan di manapun rasa kaku je tangan. Kaku namun harap tak sampai membeku langsung terpaku. Huhu. Apalah punya bahasa…Satu daripada 4 blog utama da hilang.da takde tempat lg mengarang..seminggu da buat ros kat SKDK(1).kelakar je rasenye..dlm busan cari ketawa..dlm letih cari bahagia.bila bersama dia rasa dunia ni ceria sentiasa.thanks toya..penghibur di kala jiwa merana..
Janganlah bersedih wahai sahabat
Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakkan duniawi maka manusia akan berasa senang dan gembira. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa bahkan kadang-kala sehingga ke tahap berputus asa.
Akan tetapi, sebenarnya bagi seorang mukmin, semua perkara yang berlaku baik. Hal ini diterangkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
"Sungguh menakjubkan perkaranya orang mukmin. Sesungguhnya semua perkaranya adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorang pun kecuali oleh orang mukmin. Jika dia diberi kenikmatan @ kesenangan, dia bersyukur maka jadilah ini sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya jika dia ditimpa musibah (sesuatu yang tidak menyenangkan) , dia bersabar, maka ini juga menjadi kebaikan baginya." (HR. Muslim no.2999 dari Shuhaib radhiyallahu ‘anhu)
Kriteria Menjadi Orang Yang Mulia
Sesungguhnya kesenangan duniawi seperti harta dan status sosial bukanlah ukuran bagi kemuliaan seseorang. Ini kerana Allah Ta’ala memberikan dunia kepada orang yang dicintai dan orang yang tidak dicintai-Nya. Akan tetapi Allah akan memberikan agama ini hanya kepada orang yang dicintai-Nya. Sehingga ukuran akan kemuliaan seseorang adalah darjat ketakwaannya. Semakin bertakwa dia, maka dia semakin mulia di sisi Allah.
Allah berfirman:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13)
Jangan Sedih ketika Tidak Dapat Dunia
Wahai saudaraku, ingatlah bahawa seluruh manusia telah Allah tentukan rezekinya, jodohnya, ajalnya, amalannya, kebahagiaan ataupun kesengsaraan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya salah seorang daripada kalian dikumpulkan penciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu yang sama lalu menjadi segumpal daging dalam waktu yang sama pula. Kemudian diutus seorang malaikat kepadanya lalu ditiupkan ruh kepadanya dan diperintahkan dengan empat kalimat/perkara: ditentukan rezekinya, ajalnya, amalannya, sengsara atau bahagianya." (HR. Al-Bukhari no.3208 dan Muslim no.2643 dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)
Tidaklah sesuatu menimpa pada kita kecuali telah Allah taqdirkan. Allah Ta’ala berfirman:
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(22)
(kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(23)
Orang-orang Yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan Yang menghina); dan sesiapa Yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.(24) (al-Hadid:22- 24)
Jika kita merasa betapa sulitnya mencari dalam menjalani hidup ini, maka ingatlah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
"Tiada suatu amalan pun yang mendekatkan ke syurga kecuali Aku telah perintahkan kalian dengannya dan tiada suatu amalan pun yang mendekatkan ke neraka kecuali Aku telah larang kalian darinya. Tidak akan lambat seorang pun dari kalian dari rezekinya. Sesungguhnya Jibril telah menyampaikan pada hatiku bahwa salah seorang dari kalian tidak akan keluar dari dunia (meninggal dunia) sampai disempurnakan rezekinya. Maka bertakwalah kepada Allah wahai manusia dan perelokkanlah dalam mencari rezeki. Maka apabila salah seorang di antara kalian merasa bahwa rezekinya lambat maka janganlah mencarinya dengan bermaksiat kepada Allah kerana sesungguhnya kurniaan Allah tidak akan didapat dengan melakukan maksiat." (Shahih, HR. Al-Hakim no.2136 dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)
Maka berusahalah beribadah dengan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan jangan membuat perkara baru dalam agama (baca:bid’ah) .
Dan berusahalah mencari rezeki dengan cara yang halal serta hindarilah sejauh-jauhnya hal-hal yang diharamkan.
Kita biasanya akan menjumpai orang yang salah dahulu sebelum orang yang sebenarnya milik kita muncul. Berdoalah milik kita adalah yang terbaik untuk kita dan bisa memahami kita seadanya. Semakin intim kita dengan si dia sebelum gerbang bahagia yang sebenarnya, sudah makin terhakis nikmat kebahagiaan hakiki selepas perkawinan.Nikmat dunia hanya sementara. Akhirat jua yang abadi selamanya. sekadar renungan untuk tatapan bersama
Hendaklah Menjadi Orang Yang Memberi Pertolongan
Hendaklah bagi orang yang mempunyai kelebihan harta ataupun yang mempunyai kedudukan agar membantu saudaranya yang kurang mampu dan yang mengalami kesulitan. Allah berfirman:
"Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kalian kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al-Maa`idah: 2)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Barangsiapa menghilangkan satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan hilangkan darinya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan orang yang mengalami kesulitan maka Allah akan mudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan senantiasa menolong hamba selama hamba tersebut mau menolong saudaranya." (HR. Muslim no.2699 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Berdo’alah Ketika Bersedih
Jika kita merasa sedih kerana sesuatu menimpa kita seperti kehilangan harta, kesulitan mencari pekerjaan, kematian salah seorang keluarga kita, tidak mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan, jodoh tidak kunjung datang ataupun yang lainnya, maka ucapkanlah do’a berikut yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
"Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo’a: "Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, putera hamba lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Mu, ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku. " melainkan akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan. " Tiba-tiba ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan do’a ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: "Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain)." (HR. Ahmad no.3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy, Sheikh Syuaib al-Arnaouth menyatakan Isnadnya Dhaif)
Juga do’a berikut ini:
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari gundah gulana, sedih, lemah, malas, kikir, penakut, belenggu hutang dan dari tekanan/penindasan orang lain." (HR. Al-Bukhariy 7/158 dari Anas radhiyallahu ‘anhu)
Ilmu adalah Pengganti Segala Kelazatan
Di antara hal yang mampu menghiburkan seseorang ketika mengalami kesepian atau ketika sedang dilanda kesedihan adalah menuntut ilmu dan sentiasa bersama ilmu.
Berkata Al-Imam Al-Mawardiy: "Ilmu adalah pengganti dari segala kelazatan dan mencukupi dari segala kesenanganÂ…. Barangsiapa yang menyendiri dengan ilmu maka kesendiriannya itu tidak menjadikan dia sepi. Dan barangsiapa yang menghibur diri dengan kitab-kitab maka dia akan mendapat kesenanganÂ…. Maka tidak ada teman berbual sebaik ilmu dan tidak ada sifat yang akan menolong pemiliknya seperti sifat al-hilm (sabar dan tidak terburu-buru) ." (Adabud Dunya wad Diin hal.92, dari Aadaabu Thaalibil ‘Ilmi hal.71)
Duhai kiranya kita dapat mengambil manfaat dari ilmu yang kita miliki sehingga kita tidak akan merasa kesepian walaupun kita sendirian di malam yang sunyi tetapi ilmu itulah yang setia menemani.
Contoh Orang-orang yang Sabar
Cubaan yang menimpa kita kadang-kadang menjadikan kita bersedih tetapi hendaklah kesedihan itu dihadapi dengan kesabaran dan menyerahkan semua permasalahan kepada Allah, supaya Dia menghilangkan kesedihan tersebut dan menggantikannya dengan kegembiraan.
Allah berfirman mengisahkan tentang Nabi Ya’qub:
"Dan Ya`qub berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata: "Aduhai duka citaku terhadap Yusuf", dan kedua matanya menjadi putih karena kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya) . Mereka berkata: "Demi Allah, sentiasa kamu mengingati Yusuf, sehingga kamu mengidapkan penyakit yang berat atau termasuk orang-orang yang binasa." Ya`qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kalian tiada mengetahuinya. " (Yuusuf:84-86)
Allah juga berfirman mengisahkan tentang Maryam:
"Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit untuk melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan." Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Maryam:22-25)
Semoga Allah Ta’ala menjadikan kita sebagai orang-orang yang sabar dan istiqamah dalam menjalankan syari’at-Nya, amin. Wallaahu A’lam.










